
Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Fri Feb 21 2025
Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh hukuman 12 tahun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai serta menganiaya seorang kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella, tiga tahun lalu.
Thu Nov 28 2024

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Thu Nov 28 2024

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Wed Apr 24 2024

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Thu Mar 07 2024

Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.
Tue Nov 14 2023

Siti Bainun kekal dipenjara, permohonan tangguh hukuman ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.
Tue May 23 2023

Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Wed May 03 2023

Siti Bainun tenang biarpun diperintah ke penjara serta-merta
Meskipun diperintah untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun secara serta-merta, riak wajah pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
Wed May 03 2023

Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Wed May 03 2023

Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Wed May 03 2023

Bekas rakan Siti Bainun menangis bila jumpa Bella - Saksi
Seorang jiran kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa seorang bekas rakan tertuduh beria-ia menangis apabila melihat Bella.
Wed Mar 08 2023

Saya minta 'ubat' paling bagus rawat lecur pada tangan Bella - Siti Bainun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengaku telah meminta 'ubat' paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya.
Mon Feb 27 2023

Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
Thu Feb 23 2023

Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Tue Feb 21 2023